Muzium Pendidikan Nasional
 |
Bangunan Suluh Budiman pada tahun 1922 |
Apa yang kami dapat beritahu anda ialah kawasan muzium ini adalah kawasan lama yang sangat terkenal dengan pendidikannya. Dahulu dan kini sentiasa menjadi destinasi pelangcong dari dalam dan luar negara.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang sangat terkenal sejak dari tahun 1922 lagi. Cakap sahaja UPSI mereka akan membayangkan tempat untuk menjadi seorang guru. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke
sebuah universiti. Ia sangat menarik apabila meneliti tahap perkembangan
institusi ini kerana ia mempunyai sejarah lampau, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Ramai para guru dilahirkan di institusi ini sejak tiga era yang lalu. Mendidik menjadi seorang pendidik adalah mercu lambang institusi ini.
 |
Gambar Ramai Murid - Murid Tua bersama Penguasa Pelajaran Brunei pada 1960 |
 |
Gambar Sultan Idris Training College |
Pada 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah
universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan
P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997. Perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era Sultan Idris Training College (SITC) pada 29
November 1922 - 1957, era Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada 1957 - 1987 dan era Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) pada 21 Februari
1987 - April 1997.
 |
Bangunan Suluh Budiaman |
 |
Salah satu Pameran di Muzium Pendidkan Nasional |
Pameran di muzium ini akan berubah pada waktu yang ditetapkan. terdapat banyak geleri yang di isi dengan pelbagai sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jadi datanglah untuk melihat pelbagai khazanah yang terdapat disini. Terdapat juga ruang untuk menjamu selera dibahagian tengah muzium ini. Penat berjalan singgahlah ke cafe tersebut ye..:)
No comments:
Post a Comment