Perpustakaan Tunku Bainun yang terletak di dalam Universiti
Pendidikan Sultan Idris juga menjadi daya darikan pelancong sebagai
Edu-Tourism.
Latar Belakang Perpustakaan Tunku Bainun.

Pada 1 Januari 1998 secara rasminya Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil
alih Perpustakaan Za'ba dari Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI).
Perpustakaan yang diwarisi daripada Sultan Idris Training College for Malay
Teachers (SITC) ini mula dikenali dengan nama Bilek Bachaan. Dua buah bilik di
tingkat atas Bangunan Suluh Budiman iaitu Bilik Khir dan Bilik Dussek telah
digunakan untuk tujuan tersebut (Bilek Bachaan). Selaras dengan penukaran nama
SITC kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1957 sebuah
bangunan perpustakaan yang menempatkan sumber rujukan pelajar kemudiannya telah
didirikan di sisi jalan menuju ke bangunan Dewan Makan di bahagian belakang
bangunan Suluh Budiman. Ia dinamakan Khutub Khanah MPSI.
Selaras dengan pertambahan program dan pelajar,
keperluan terhadap perkhidmatan perpustakaan semakin bertambah. Sejak tahun
1998 universiti telah membelanjakan lebih dari RM20 juta untuk melengkapkan
koleksi bahan perpustakaan. Ini tidak termasuk perabot, sistem keselamatan
perpustakaan dan lain-lain peralatan yang berkaitan. Jumlah kakitangan juga
telah meningkat dari 4 orang kakitangan pada awal 1998 menjadi 59 orang pada
tahun 2005. Dari jumlah tersebut 17 orang merupakan kakitangan profesional yang
terlatih dalam bidang kepustakawanan.
Pada tahun 1999 universiti telah meluluskan
pembinaan sebuah bangunan baru perpustakaan dengan keluasan lantai sebanyak
13,063 meter persegi. Bangunan setinggi 5 tingkat yang dilengkapi dengan lift
untuk pengguna ini, siap diduduki pada tahun 2003. Ia dilengkapi dengan segala
kemudahan prasarana sebuah perpustakaan alaf baru. Di antara kelengkapan di
bangunan tersebut ialah sebuah piazza pameran, kedai buku, ruang bacaan 24 jam,
ruang bagasi, bilik perbincangan, auditorium, makmal latihan teknologi maklumat
(IT), bilik mesyuarat, bilik tayangan, bilik fotokopi dan surau. Kemudahan lain
seperti ruang bacaan serta ruang untuk menempatkan pelbagai jenis koleksi
perpustakaan seperti koleksi monograf, terbitan bersiri dan multimedia juga
tidak diabaikan.
 |
Services and facilities at Tunku Bainun Library |
 |
Pelbagai jenis buku yang disediakan |
 |
Bilik Rujukan Pasca Siswazah turut disediakan |
 |
Ruang membaca yang selesa disediakan |
 |
Pandangan bahagian atas |
 |
Bilik bacaan 24 jam |
 |
Kafe untuk pelajar
|
 |
Kedai buku juga turut disediakan |
 |
Pandangan bahagian bawah
|
Bagi meningkatkan perkhidmatan, bangunan
perpustakaan kini dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) yang terkini dan dirangkaikan dengan UPSINet. Perolehan satu Sistem
Pengurusan Perpustakaan Bersepadu yang dikenali sebagai ILMU (Integrated
Library Management Utility) yang bertaraf dunia siap dilaksanakan pada
penghujung tahun 2002.
No comments:
Post a Comment