Wednesday 5 June 2013


Tasik Embayu, Proton City, Tanjong Malim, Perak

Salah satu tarikan Utama di tanjung malim adalah Tasik embayu yang terletak di Bandar raya Proton. Kedudukannya adalah terletak di sebelah kanan Lebuh Raya Utara Selatan , antara bandar tanjung Malim dan juga Slim River. Dahulunya difahamkan kawasan tersebut merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit yang tidak lagi mendapat sambutan atau penjagaan dari pengusaha kerana penduduk Bandar ini lebih tertumpu kepada menempatkan kilang Proton khusus untuk pengeluaran kereta jenama Gen 2,proton saga dan sebagainya. Sehingga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk tanjung malim. Akhirnya kawasan ladang getah dan kelapa sawit itu tadi dibangunkan menjadi taman rekriasi yang menjadi tumpuan kepada masyarakat dalam dan luar tanjung malim.

Tasik Embayu, Proton City ini mempunyai pemandangan yang begitu menarik, bukan sahaja kerana kawasannya yang terbentang luas, malah permandangan berwarna hijau yang terdapat disini begitu mengamit suasana pengunjung-pengunjung yang datang.



Pengunjung-pengunjung yang datang ke Tasik Embayu, Proton City rata-rata adalah mereka yang berkeluarga. Berikutan terdapat perumahan berdekatan Taman Tasik Embayu ini. Biasanya mereka akan beriadah ke sini pada waktu petang, membawa ahli-ahli keluarga bersama dan bersantai menikmati permandangan indah di Tasik Embayu, Proton City tersebut.





Tidak ketinggalan juga, Tasik Embayu ini sering menjadi bahan untuk pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris menjalankan tugasan mereka disini, seperti projek mengambil gambar, pengambaran video dan sebagainya. Selain pelajar-pelajar tersebut, Lokasi Tasik embayu ini juga kerap kali dijadikan lokasi untuk pengantin-pengantin baru merakamkan saat manis mereka dengan perpakaian lengkap pengantin untuk dijadikan gambar yang bisa mengamit memori mereka nanti. 



KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI TASIK EMBAYU PROTON
-   Terdapat tempat rekreasi yang luas dan selesa.   

-   Terdapat trek 'jogging' disediakan mengelilingi tasik.
       
-   Keindahan flora dan fauna dapat dirasai di tasik.

-   Permandangan yang indah serta hampir dengan bukit-bukau yang menhijau.

Bagaikan hamparan permaidani hijau yang menutupi lapangan di Tasik Embayu ini.

 
 
Taman Tasik Embayu, Proton City ini sesuai dijadikan pusat edu-torism kerana ianya menjadi tarikan kepada orang luar untuk selalu berkunjung ke sini. Tasik Embayu ini tidak pernah jemu menerima pengujung-pengungjung yang datang untuk merasi sendiri keindahan permandangan disini. Selain itu Tasik Embayu, Proton City ini juga menjadi tempat untuk berjogging mahupun bersenam tatkala menjelang petang. Disamping mengirup udara segar disini,sudah pasti menjamin kesihatan yang maksima.


No comments:

Post a Comment