Friday 7 June 2013


Muzium pendidikan Nasional UPSI

Destinasi Bersejarah di Muzium Pendidikan Nasional

Muzium Pendidikan Nasional
Bangunan Suluh Budiman pada tahun 1922

Apa yang kami dapat beritahu anda ialah kawasan muzium ini adalah kawasan lama yang sangat terkenal dengan pendidikannya. Dahulu dan kini sentiasa menjadi destinasi pelangcong dari dalam dan luar negara.


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang sangat terkenal sejak dari tahun 1922 lagi. Cakap sahaja UPSI mereka akan membayangkan tempat untuk menjadi seorang guru.  Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Ia sangat menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini kerana ia mempunyai sejarah lampau, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Ramai para guru dilahirkan di institusi ini sejak tiga era yang lalu. Mendidik menjadi seorang pendidik adalah mercu lambang institusi ini.


Gambar Ramai Murid - Murid Tua bersama Penguasa Pelajaran Brunei pada 1960


Gambar Sultan Idris Training College


Pada 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997. Perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era Sultan Idris Training College (SITC) pada 29 November 1922 - 1957, era Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada 1957 - 1987 dan era Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) pada 21 Februari 1987 - April 1997.

Bangunan Suluh Budiaman






Salah satu Pameran di Muzium Pendidkan Nasional

 Pameran di muzium ini akan berubah pada waktu yang ditetapkan. terdapat banyak geleri yang di isi dengan pelbagai sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jadi datanglah untuk melihat pelbagai khazanah yang terdapat disini. Terdapat juga ruang untuk menjamu selera dibahagian tengah muzium ini. Penat berjalan singgahlah ke cafe tersebut ye..:)













Thursday 6 June 2013

Perpustakaan Tunku Bainun

Perpustakaan Tunku Bainun yang terletak di dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris juga menjadi daya darikan pelancong sebagai Edu-Tourism.
Latar Belakang Perpustakaan Tunku Bainun.
Pada 1 Januari 1998 secara rasminya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  mengambil alih Perpustakaan Za'ba dari Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Perpustakaan yang diwarisi daripada Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) ini mula dikenali dengan nama Bilek Bachaan. Dua buah bilik di tingkat atas Bangunan Suluh Budiman iaitu Bilik Khir dan Bilik Dussek telah digunakan untuk tujuan tersebut (Bilek Bachaan). Selaras dengan penukaran nama SITC kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1957 sebuah bangunan perpustakaan yang menempatkan sumber rujukan pelajar kemudiannya telah didirikan di sisi jalan menuju ke bangunan Dewan Makan di bahagian belakang bangunan Suluh Budiman. Ia dinamakan Khutub Khanah MPSI. 
Selaras dengan pertambahan program dan pelajar, keperluan terhadap perkhidmatan perpustakaan semakin bertambah. Sejak tahun 1998 universiti telah membelanjakan lebih dari RM20 juta untuk melengkapkan koleksi bahan perpustakaan. Ini tidak termasuk perabot, sistem keselamatan perpustakaan dan lain-lain peralatan yang berkaitan. Jumlah kakitangan juga telah meningkat dari 4 orang kakitangan pada awal 1998 menjadi 59 orang pada tahun 2005. Dari jumlah tersebut 17 orang merupakan kakitangan profesional yang terlatih dalam bidang kepustakawanan.
Pada tahun 1999 universiti telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan baru perpustakaan dengan keluasan lantai sebanyak 13,063 meter persegi. Bangunan setinggi 5 tingkat yang dilengkapi dengan lift untuk pengguna ini, siap diduduki pada tahun 2003. Ia dilengkapi dengan segala kemudahan prasarana sebuah perpustakaan alaf baru. Di antara kelengkapan di bangunan tersebut ialah sebuah piazza pameran, kedai buku, ruang bacaan 24 jam, ruang bagasi, bilik perbincangan, auditorium, makmal latihan teknologi maklumat (IT), bilik mesyuarat, bilik tayangan, bilik fotokopi dan surau. Kemudahan lain seperti ruang bacaan serta ruang untuk menempatkan pelbagai jenis koleksi perpustakaan seperti koleksi monograf, terbitan bersiri dan multimedia juga tidak diabaikan.

Services and facilities at Tunku Bainun Library





Pelbagai jenis buku yang disediakan


Bilik Rujukan Pasca Siswazah turut disediakan


Ruang membaca yang selesa disediakan 





   






Pandangan bahagian atas
Bilik bacaan 24 jam
Kafe untuk pelajar


Kedai buku juga turut disediakan
Pandangan bahagian bawah










Bagi meningkatkan perkhidmatan, bangunan perpustakaan kini dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terkini dan dirangkaikan dengan UPSINet. Perolehan satu Sistem Pengurusan Perpustakaan Bersepadu yang dikenali sebagai ILMU (Integrated Library Management Utility) yang bertaraf dunia siap dilaksanakan pada penghujung tahun 2002.

Roti Tisu Galah

Mesti anda semua pelik bukan dengan nama Roti Tisu Galah. Walhal roti tisu biasa kita dengar para pelanggan memesannya direstoran mamak atau di kedai - kedai menjual roti canai. Hari ini, kami ingin mengajak anda ke suatu lagi tempat yang menarik yang boleh kita nikmati bersama. Roti tisu sama seperti roti canai tetapi bezanya, ia sangat nipis dan rangup seperti keropok. Rasanya sangat sedap dan lazat. Cara penebaran roti tersebut perlu mempunyai kepakaran yang tinggi, kerana jika silap tebar roti akan terkoyak dan tidak cantik.

Sila perhatikan saiz Roti Tisu Galah
Tinggi roti tersebut boleh mencecah sehingga 2kaki atau 24inci tinggi. Cantikkan roti itu, warnanya yang keperang - perangan ditambur pula dengan gula disekeliling roti tersebut. Anda juga boleh meminta untuk mengurangkan gula dan diganti dengan susu pekat manis mengikut citarasa pelanggan.

Roti tisu dibuat daripada tepung gandum, yis dan garam yang diuli lama sehingga mempunyai permukaan doh yang licin. Ia perlu direhatkan sebelum diuli semula dan seterusnya ditebar. Roti Tisu ini tidak perlu dimakan dengan kuah dal atau kari kerana ia lebih sedap dimakan seperti memakan keropok yang nipis rangup.

Huh....! terasa lapar pula bila melihat gambar ini. Kami berasa sangat unik dengan roti ini dengan ketinggian yang sangat - sangat tinggi. Ia lebih sesuai makan dikedai bersama rakan - rakan. Jika anda membawa pulang kualiti tinggi tidak terjamin.:)

Lebih sedap jika digandingkan dengan kopi panas atau teh tarik..wah....Rugi jika tidak singgah makan di restoran mamak berhampiran KHAR upsi lama..SELAMAT MENCUBA...:)



Stesen Kereta Api Tanjung Malim

Stesen keretapi Tanjung Malim merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di utara Tanjung Malim negeri Perak, Malaysia. Ia berada dikawasan yang strategik selain itu ia juga menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan Komuter.



Pandangan depan Stesen Kereta Api di Tanjung Malim

Stesen ini telah dibuka pada 1 Jun 2009, ia juga merupakan hentian terakhir dalam khidmat shuttle Rawang ke Tanjung Malim. Beberapa tahun dahulu ia adalah shuttle Rawang ke Kuala Kubu Bharu.

Laluan para penumpang setelah mendapatkan tiket

Berhampiran kawasan ini terdapat kemudahan jejantas tambahan yang digabungkan dengan jejantas untuk pengguna Komuter sahaja bagi pejalan kaki yang hanya mahu melintas landasan. Ciri - ciri keselamatan amant dititik beratkan kepada setiap penumpang dengan itu disetiap tempat terdapat beberapa orang pegawai yang memerhati kawasan.

Penumpang boleh membeli makanan ringan disini

Pelbagai jenis makanan yang dijual di kiosk yang berada di stesen yang berada didalam kawasan stesen. Masakan panas serta minuman juga boleh dibeli disini dan tidak perlu risau akan kebersihannya kerana ia berada dalam penjagaan yang baik.

Kawasan untuk membeli tiket

Ruang para penumpang menunggu kereta api

Laluan Kereta Api

Terdapat tiga batang landasan dengan tiga platform. Stesen ini juga menyediakan kemudahan asas untuk penumpang kurang upaya. Pintu masuknya di timur laut menghadap jalan cabang yang membawa ke arah barat ke pusat bandar Tanjung Malim.



Satu platform sisi dan satu platform merah stesen ini ditetapkan sebagai Platform 1 bersempadan dengan bangunan stesen utama di barat, untuk menaiki kereta api ke arah utara, Platform 2 di timur, untuk menaiki kereta api ke arah selatan, dan Platform 3.

Kawasan yang sangat bersih dan kemas.

Para penumpang yang telah sampai ke destinasi

Kebanyakkan para penduduk yang bekerja diluar kawasan Tanjung Malim mereka lebih gemar untuk menggunakan kereta api untuk pergi ke kerja. Ia lebih murah dan tidak perlu memikirkan suasana jalan yang sesak dipenuhi kerete. Jom Ke TANJUNG MALIM, Perak...Malaysia.. 






Wednesday 5 June 2013


Tasik Embayu, Proton City, Tanjong Malim, Perak

Salah satu tarikan Utama di tanjung malim adalah Tasik embayu yang terletak di Bandar raya Proton. Kedudukannya adalah terletak di sebelah kanan Lebuh Raya Utara Selatan , antara bandar tanjung Malim dan juga Slim River. Dahulunya difahamkan kawasan tersebut merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit yang tidak lagi mendapat sambutan atau penjagaan dari pengusaha kerana penduduk Bandar ini lebih tertumpu kepada menempatkan kilang Proton khusus untuk pengeluaran kereta jenama Gen 2,proton saga dan sebagainya. Sehingga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk tanjung malim. Akhirnya kawasan ladang getah dan kelapa sawit itu tadi dibangunkan menjadi taman rekriasi yang menjadi tumpuan kepada masyarakat dalam dan luar tanjung malim.

Tasik Embayu, Proton City ini mempunyai pemandangan yang begitu menarik, bukan sahaja kerana kawasannya yang terbentang luas, malah permandangan berwarna hijau yang terdapat disini begitu mengamit suasana pengunjung-pengunjung yang datang.



Pengunjung-pengunjung yang datang ke Tasik Embayu, Proton City rata-rata adalah mereka yang berkeluarga. Berikutan terdapat perumahan berdekatan Taman Tasik Embayu ini. Biasanya mereka akan beriadah ke sini pada waktu petang, membawa ahli-ahli keluarga bersama dan bersantai menikmati permandangan indah di Tasik Embayu, Proton City tersebut.





Tidak ketinggalan juga, Tasik Embayu ini sering menjadi bahan untuk pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris menjalankan tugasan mereka disini, seperti projek mengambil gambar, pengambaran video dan sebagainya. Selain pelajar-pelajar tersebut, Lokasi Tasik embayu ini juga kerap kali dijadikan lokasi untuk pengantin-pengantin baru merakamkan saat manis mereka dengan perpakaian lengkap pengantin untuk dijadikan gambar yang bisa mengamit memori mereka nanti. 



KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI TASIK EMBAYU PROTON
-   Terdapat tempat rekreasi yang luas dan selesa.   

-   Terdapat trek 'jogging' disediakan mengelilingi tasik.
       
-   Keindahan flora dan fauna dapat dirasai di tasik.

-   Permandangan yang indah serta hampir dengan bukit-bukau yang menhijau.

Bagaikan hamparan permaidani hijau yang menutupi lapangan di Tasik Embayu ini.

 
 
Taman Tasik Embayu, Proton City ini sesuai dijadikan pusat edu-torism kerana ianya menjadi tarikan kepada orang luar untuk selalu berkunjung ke sini. Tasik Embayu ini tidak pernah jemu menerima pengujung-pengungjung yang datang untuk merasi sendiri keindahan permandangan disini. Selain itu Tasik Embayu, Proton City ini juga menjadi tempat untuk berjogging mahupun bersenam tatkala menjelang petang. Disamping mengirup udara segar disini,sudah pasti menjamin kesihatan yang maksima.


Sunday 2 June 2013

Teratak Bernam riverview

Teratak Bernam Riverview yang terletak di Sungai Bernam Tanjung Malim terkenal dengan Sungai yang mempunyai permandangan yang indah dan air semulajadi yang segar dan bersih. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkhemah, memancing, berakit, berkelah dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti tersebut dapat kita menimba serba sedikit ilmu pengetahuan dan juga pengalaman yang mencabar dari segi fizikal dan mental. Pelancong yang tiba disini juga tidak ketinggalan menghirup udara yang segar dan nyaman. Disini juga menyediakan perkhidmatan seperti homestay atau rumah tinggal supaya pelancong dapat berehat dan menginap sebentar di kawasan sekeliling tersebut.



Air sungai yang deras di sesetengah tempat


                                     

Keindahan sungai yang menakjubkan 




Pelampung disediakan untuk disewa




Pelancong juga boleh berkhemah di sini




Pelbagai kemudahan yang disediakan disini 




Keseronokan ketika bermandi-manda di sungai ini