Thursday 6 June 2013

Perpustakaan Tunku Bainun

Perpustakaan Tunku Bainun yang terletak di dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris juga menjadi daya darikan pelancong sebagai Edu-Tourism.
Latar Belakang Perpustakaan Tunku Bainun.
Pada 1 Januari 1998 secara rasminya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  mengambil alih Perpustakaan Za'ba dari Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Perpustakaan yang diwarisi daripada Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) ini mula dikenali dengan nama Bilek Bachaan. Dua buah bilik di tingkat atas Bangunan Suluh Budiman iaitu Bilik Khir dan Bilik Dussek telah digunakan untuk tujuan tersebut (Bilek Bachaan). Selaras dengan penukaran nama SITC kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1957 sebuah bangunan perpustakaan yang menempatkan sumber rujukan pelajar kemudiannya telah didirikan di sisi jalan menuju ke bangunan Dewan Makan di bahagian belakang bangunan Suluh Budiman. Ia dinamakan Khutub Khanah MPSI. 
Selaras dengan pertambahan program dan pelajar, keperluan terhadap perkhidmatan perpustakaan semakin bertambah. Sejak tahun 1998 universiti telah membelanjakan lebih dari RM20 juta untuk melengkapkan koleksi bahan perpustakaan. Ini tidak termasuk perabot, sistem keselamatan perpustakaan dan lain-lain peralatan yang berkaitan. Jumlah kakitangan juga telah meningkat dari 4 orang kakitangan pada awal 1998 menjadi 59 orang pada tahun 2005. Dari jumlah tersebut 17 orang merupakan kakitangan profesional yang terlatih dalam bidang kepustakawanan.
Pada tahun 1999 universiti telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan baru perpustakaan dengan keluasan lantai sebanyak 13,063 meter persegi. Bangunan setinggi 5 tingkat yang dilengkapi dengan lift untuk pengguna ini, siap diduduki pada tahun 2003. Ia dilengkapi dengan segala kemudahan prasarana sebuah perpustakaan alaf baru. Di antara kelengkapan di bangunan tersebut ialah sebuah piazza pameran, kedai buku, ruang bacaan 24 jam, ruang bagasi, bilik perbincangan, auditorium, makmal latihan teknologi maklumat (IT), bilik mesyuarat, bilik tayangan, bilik fotokopi dan surau. Kemudahan lain seperti ruang bacaan serta ruang untuk menempatkan pelbagai jenis koleksi perpustakaan seperti koleksi monograf, terbitan bersiri dan multimedia juga tidak diabaikan.

Services and facilities at Tunku Bainun Library





Pelbagai jenis buku yang disediakan


Bilik Rujukan Pasca Siswazah turut disediakan


Ruang membaca yang selesa disediakan 





   






Pandangan bahagian atas
Bilik bacaan 24 jam
Kafe untuk pelajar


Kedai buku juga turut disediakan
Pandangan bahagian bawah










Bagi meningkatkan perkhidmatan, bangunan perpustakaan kini dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terkini dan dirangkaikan dengan UPSINet. Perolehan satu Sistem Pengurusan Perpustakaan Bersepadu yang dikenali sebagai ILMU (Integrated Library Management Utility) yang bertaraf dunia siap dilaksanakan pada penghujung tahun 2002.

No comments:

Post a Comment