Thursday 6 June 2013

Roti Tisu Galah

Mesti anda semua pelik bukan dengan nama Roti Tisu Galah. Walhal roti tisu biasa kita dengar para pelanggan memesannya direstoran mamak atau di kedai - kedai menjual roti canai. Hari ini, kami ingin mengajak anda ke suatu lagi tempat yang menarik yang boleh kita nikmati bersama. Roti tisu sama seperti roti canai tetapi bezanya, ia sangat nipis dan rangup seperti keropok. Rasanya sangat sedap dan lazat. Cara penebaran roti tersebut perlu mempunyai kepakaran yang tinggi, kerana jika silap tebar roti akan terkoyak dan tidak cantik.

Sila perhatikan saiz Roti Tisu Galah
Tinggi roti tersebut boleh mencecah sehingga 2kaki atau 24inci tinggi. Cantikkan roti itu, warnanya yang keperang - perangan ditambur pula dengan gula disekeliling roti tersebut. Anda juga boleh meminta untuk mengurangkan gula dan diganti dengan susu pekat manis mengikut citarasa pelanggan.

Roti tisu dibuat daripada tepung gandum, yis dan garam yang diuli lama sehingga mempunyai permukaan doh yang licin. Ia perlu direhatkan sebelum diuli semula dan seterusnya ditebar. Roti Tisu ini tidak perlu dimakan dengan kuah dal atau kari kerana ia lebih sedap dimakan seperti memakan keropok yang nipis rangup.

Huh....! terasa lapar pula bila melihat gambar ini. Kami berasa sangat unik dengan roti ini dengan ketinggian yang sangat - sangat tinggi. Ia lebih sesuai makan dikedai bersama rakan - rakan. Jika anda membawa pulang kualiti tinggi tidak terjamin.:)

Lebih sedap jika digandingkan dengan kopi panas atau teh tarik..wah....Rugi jika tidak singgah makan di restoran mamak berhampiran KHAR upsi lama..SELAMAT MENCUBA...:)



No comments:

Post a Comment